Lillah Billah Lirrosul Birrosul Lilghouts bil ghouts.

Sabtu, 23 Juli 2011

PENGENALAN TASAWUF

Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh
perjalanan seseorang mukmin di dalam
membersihkan hati dengan sifat-sifat
mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan
menghindari atau menjauhkan diri daripada
sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan
tercela .
2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu
dan akal supaya sentiasa berada di dalam
landasan dan peraturan hukum syariat Islam
yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu
mutmainnah .
3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu
mutmainah:
a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh
jiwa .
4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan
sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam
kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat .
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
4) Sabar.
5) Syukur.
6) Ikhlas.
7) Tawakkal.
8) Mahabbah ( Kasih Sayang )
9) Redha.
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )
5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah
menggariskan sepuluh sifat Mazmumah /
tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut
iaitu :
1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap.
3) Marah.
4) Hasad.
5) Bakhil.
6) Cintakan kemegahan.
7) Cintakan dunia .
8) Bangga Diri.
9) Ujub ( Hairan Diri ).
10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar